Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Demikianlah gambaran yang teman nak ceritekan ni. Serba salah teman nak ngabonye. Nanti ada yang terasa. Ada yang kecik hati dengan teman. Tapi teman terpaksa juge cerite demi kebaikan kelab.
Ada di kalangan kawan-kawan teman, tak mau langsung nak bayo yuran kelab. Teman tak taulah apa ke sebabnya mike ni tak mau bayo. Pening juga teman memikionya. Yang liat nak bayo tu oklah jugak. Liat-liat pun mike bayo juge. Ini yang tak mau bayo langsung.
Agaknyelah, kalau mike bayo tak mendatangkan pulangan apa-apa pun pada mike. Apa yang kelab akan bagi pada mike? Nak kata buat dinner? Tak ada pun. Nak kata buat Hari Keluarga? Tak ada pun. Nak kata bagi dividen? Memanglah tak ada sebab kelab bukan koperasi.
Teman adalah tanya pada Presiden pasal isu ini. Nak buat macam mana, kalau yuran tak bayo. Duit pun seciput. Itu pun belas ihsan daripada ahli kelab yang sudi membayo yuran. Kalau nak buat sesuatu pun, macam-macam hujah yang dibagi. Berdolak-dalek dengan alasan. Sini tak best. Sana tak bagus. Sinun tak seronok. Tak sior langsung mike pada kelab.
Terlopong jugak mulut teman mendengo. Habih, nak buat macam mana. Manusia ni macam-cam fiil. Macam-macam karenah. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Teman rasa le, apalah salahnya bayo. Sekurang-kurangnya dapat juge membantu kelab buat sebarang aktiviti. Kalau aktiviti tu berbentuk kebajikan, kan dapat pahala pada kita yang bayo yuran tu. Anggaplah yuran yang kita bayo tu sedekah amal jariah. Amin....