Dari Meja Presiden
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Terima kasih dan selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung laman web Kelab Rekreasi dan Inovasi (RiC), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Putra Malaysia. Dengan wujudnya laman web ini, kelab boleh menyalurkan sebarang maklumat dengan lebih pantas kepada ahli selain kemudahan lain seperti WhatsApp, Facebook dan sebagainya. Malah web ini juga menjadikan kelab lebih bersifat global apabila ia boleh dicapai oleh sesiapa pun. Sebarang pandangan dan idea yang membina daripada ahli kelab dan juga pengunjung laman web ini amat dialu-alukan demi kebaikan kelab. Perkongsian maklumat dan berita dipaparkan di web ini dapat memberi semangat ahli dan AJK kelab untuk meningkatkan kelab menjadi lebih produktif khususnya untuk kebaikan ahli. Justeru, kepada semua ahli, jadikan laman web Kelab RiC ini sebagai medan silaturrahim dalam memupuk semangat setiakawan. Sekian, terima kasih. |
Shazlan Halamy
Presiden
Kelab Rekreasi dan Inovasi (RiC)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Presiden
Kelab Rekreasi dan Inovasi (RiC)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia